Program Kafeteen dan Taklimat Advokasi Bersama LPPKN dan Pelajar SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah

11 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2024 di NADI RPA Arau telah diadakan Program Kafeteen. Perkongsian KafeTEEN@NADI lebih terfokus pada tajuk Pelencongan Sosial Remaja Masa Kini. Perkongsian kali ini dijalankan terarah kepada golongan remaja lelaki. Program telah dijalankan dengan kerjasama daripada LPPKN Perlis dan disampaikan oleh Puan Maisarah dan Puan Vaneeda . Perkongsian kali ini memberi sedikit pencerahan kepada komuniti tentang isu sosial semasa yang semakin mebimbangkan masyarakat. Tujuan program ini adalah untuk memberi penerangan kepada komuniti tentang kepekaan terhadap isu sosial remaja.Selain itu, membimbing komuniti agar sentiasa mengambil berat isu sosial di sekitar komuniti dan memberi saluran kepada komuniti untuk melaporkan isu sosial sekitar komuniti.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADIi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali